Solturakyat

Koleksi buku tak best

Koleksi buku tak best

Hakcipta (c) Soltura Ink.

HAKCIPTA TERPELIHARA. Karya di dalam amat tidak dibenarkan sama sekali di diulang keluar mana-mana bahagian dan isi kandungan dalam apa juga bentuk dan cara sekalipun sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada penulis dan penerbit. Ini Harta Intelek. Segala kandungan di dalam buku adalah idea penulis. Sebarang persamaan adalah kebetulan semata-mata dan tidak disengajakan. Sumber gambar goggle dan persendirian

May 30, 2012

SOLTURINDA FLAT Episod 14: Hantu Tiada Kepala

Ada suatu waktu tu, di sebuah kem tentera di suatu negeri di Semenanjung Malaysia, kecoh orang bercerita pasal hantu terbang dari blok ke blok sambil mengilai. Yang mendakwa dia nampak dan dengar tu bukan main lagi lah bercerita dengan penuh perasaan supaya yang mendengar jadi takut dan percaya.

*

Dan hendak dijadikan cerita, suatu malam, semua blok terputus bekalan elektrik. Penghuni blok sepakat untuk tidur sambil membuka pintu rumah masing-masing sebab hendak kurangkan kepanasan. Lagipun insyaAllah akan tiada kes kecurian sebab sebelum itu tidak pernah lagi kedengaran kes kecurian walau penghuni terlupa tutup pintu semasa keluar pergi ke kedai. Kedai depan blok saja lah...

Tapi yang tidak sedapnya...ada pula bunyi makhluk berjalan kaki mundar mandir dari hujung koridor ke hujung koridor tingkat dua blok depan kedai. Ada yang nyenyak tidur, tidak kurang juga yang cuba memeriksa. Almaklum, jalan-jalan di koridor pada zulmat malam tanpa lampu sebab tiada elektrik bukanlah kerja orang waras. Melainkan...

**

Esoknya. Makcik bangsa India becerita.

"Semalam saya nampak ada satu hantu jalan-jalan dekat koridor tau. Tak ada kapla you tau??"

"Waaa...ya ka auntie? You tak takut ka??"

"Apa pasal mau takut? Itu hantu takda kapla. Nampak takbley, dengar tabley, cakap tabley. Apa dia boleh buat??"

***

May 21, 2012

SOLTURINDA FLAT Episod 13: Makcik garang di rumah hujung.

Seperti biasa, Ramadhan ketika cuti sekolah adalah antara perkara manis untuk remaja macam aku. Setelah bangun dari lena yang empuk selepas sahur, aku mandi dan bersiap.

Dengan tenang dan tidak gusar, aku melangkah ke Blok 16.

Memang kebiasaannya, waktu-waktu begini budak-budak semua dah bangun dan berpeleseran dalam blok. Benar seperti yang diagak, ada yang tengah main saidina, ada yang sedang duduk dan borak kosong, ada juga yang sedang timbang-timbang bola.

Aku melabuhkan punggung ke kerusi di sebelah rakan-rakan lain, sebelum masuk borak, kita kena dengar dulu apa topik perbualan.

Bla bla bla bla bla bla. Habis 2 jam.

Tiba-tiba ada budak mula main mercun. Mercun bola.

Maka meletuplah mercun bola itu bersilih ganti dengan mercun mancis di dalam blok. Makcik pakcik tak marah? Kau gila nak marah anak orang? Anak sendiri pun main sama. Memang meriah.

Tiba-tiba ada sorang makcik yang memang tidak disukai orang ramai baik kanak-kanak dan orang dewasa, marah-marah.

Pot pet pot pet pot pet dia bikin kami panas. Lepas membebel dia masuk rumah.

Apa lagi, satu kali mercun mancis tepat depan longkang kecil rumah dia.

TUUUUNNNNNNGGGGGGGG! Dia punya nyaring, memang cun..... Bingit.

Aku yang ketika itu di atas motor hanya mampu tergelak dan terbahak-bahak. Apa lagi mampu aku buat? KAH KAH KAH.

Kecebushhhhhhhhh! Satu gayung air disimbah tepat ke muka aku.

--- Canggung seketika. Diiringi dengan gelak ketawa budak-budak lain ke atas aku.

Hari itu, walaupun tak bersalah, walaupun tidak bermain mercun, aku kuyup dibasahi simbahan gayung makcik garang tadi.

Bertambahhhhhhhhhhhh pahala puasa aku.

May 17, 2012

Siri Bercakap dengan Orang : Shazie Kamaruzaman

Temubual X-lusif kali ini, berjaya menemukan wartawan Soltura Ink amatur, Encik Bahar dengan seorang penulis muda yang baru mengorak langkah dalam dunia sastera. Penulis muda ini telah menerbitkan novel sulungnya bersama Fajar Pakeer. Peringkat awal Encik Bahar kita pergi ke Fajar Bakti. Nyata dia tersilap. Akhirnya semasa Pesta Buku Antarabangsa Encik Bahar berjaya bertemu anak muda ini dan membuat temujanji menetapkan tarikh untuk ditemuramah. Temuramah berlaku semalam antara Encik Bahar dan Sahzie Kamaruzaman.
 
Assalammualaikum
= Waalaikumussalam.
 
Ai..senyum je,apa adahal?
=Senyumkan sedekah la, Encik Bahar.

Ya..ya maafkan saya....sihat la ni?
= Alhamdulillah... terlebih sihat...

Ok saya dibayar tak mahal macam wartawan tabloid, kita terus ke soalan pertama, sejak bila mula menulis ni?
= Kalau diikutkan dah lama dah... dari form 1 lagi... dari minat baca novel, bertukar kepada menulis novel... hihi... aktif sejak tahun 2009 masa lepas SPM... tengah tak ada kerja masa tu...
 
Kan banyak kerja macam masak ke, basuh pinggan, menoreh atau tukar lampin adik?
= .......
 
Marah?....dah soalan seterusnya...Siapa Inspirasi cik nak menulis ni?
= tak lah.....Family... kalau inspirasi dlm novel 1st ni, bola sepak.. sbb heronya pemain bola sepak... kalau dalam bidang penulisan, novelis Adah Hamidah dan semua novelis novel...
 
Oooo...minat bola, Saya pun peminat bola, saya minat team Cardiff City?...Cik minat team mana?
= Selangor la ...negeri kelahiran saya
(dalam hati) Cehhhh....

Cerita sikit novel sulung awak, macamana boleh terbit ni?
= Ceritanya macam ni... satu hari tu terjumpa satu laman web yang siarkan cerpen n novel2 bersiri... web tu namanya Penulisan2u... kepada sesiapa yangg berminat nak hantar karya, bolehlah hantar ke situ... dan, karya yang mendapat sambutan ramai akan diterbitkan jadi novel... so, saya hantarlah novel saya tu kat situ... Dan, alhamdulillah, karya saya tu terpilih untuk diterbitkan... macam tulah ceritanya...boleh baca bab awal novel satu tu kat my blog ea...shaziepunyeport.blogspot.com.. Jemputlah singgah..
 
Singgah?...ada makan-makan tak?
=............
 
Jangan marah aaaa....
=Tak pun Encik Bahar

Ok apa Projek lepas ni?
= Lepas ni? hmm... sedang menyiapkan manuskip yang ke-2 sambil tunggu tawaran masuk U... kalau ada rezeki, Insya-Allah... akan adalah di pasaran nanti...
 
Kalau dah pegi U, menulis lagi lah ye?
=Ya...
 
Ok, cik memang rajin...pandangan cik tentang novel masakini? lagi-lagi lambakan novel cinta, saya tak berapa IN sangat novel cintan cintun ni....
= Adoi... tak reti nak jawab soalan ni... hmm... banyak jenis genre novel yg terdapat dekat pasaran sekarang ni... pembaca sekarang ni saya tengok suka baca novel cinta, sbb tulah novel saya tu pun pasal cinta..tp, ada juga novel berikan banyak ilmu dan informasi.. contohnya, karya Ramlee Awang Murshid... jadi, sebagai pembaca, anda berhak membuat pilihan.. apa yg boleh saya katakan, novel ni hanyalah sebagai satu bahan bacaan utk bersantai.. nak release tension ke.. nak isi masa lapang ke... disamping tu, boleh memupuk amalan membaca... walaupun hanya sekadar baca novel..

Cik pernah baca buku keluaran Soltura Ink?
= Tak...best ke? tak pernah jumpa kat pasaran

Cik ni tak Punklah tak DIY
=Apa tu?

Dah la.... bak sini novel cik saya nak tulis Sinopis
=Encik Bahar marah ke
 
Tak!!!!!!!!

.................................................................................................................................................................

Humayra, gadis biasa yang tanpa sedar dapat mengubah sikap yang dulu begitu teguh dalam diri Hasif Harraz. Gadis yang memang sudah lama menyimpan perasaan terhadap Hasif Harraz. Gadis yang seboleh mungkin mahu meletakkan dirinya di hati Hasif Harraz. Tapi, siapa dia mahu mencorak hidupnya sebagai isteri andai lelaki yang dipuja tidak sudi.

Dendam lama dan harta, dua sebab utama Hasif Harraz bersetuju menerima Humayra sebagai isteri. Jika diturutkan rasa hati, wajah perempuan itu tidak mahu ditatapnya. Namun, sedalam mana benci yang ditanam dalam hati? Dia sedar, dia takkan mampu mengatasi rasa cinta yang semakin bercambah. Dia mula menyayangi Humayra.

“Demi Allah, abang cintakan Mayra!”

Andai dua mata saling bertatapan, dua hati saling menyimpan rasa, mana mungkin rasa sayang itu tiada. Kasih disulam, cinta disemai. Namun, saat kebahagian mula dikecapi, satu rahsia terbongkar. Hati Humayra terluka. Kemaafan buat Hasif Harraz bagaikan tiada. Kehadiran Ridwan dan Camelia makin menambah kerumitan yang ada.

“Sayang awak dah tak ada maknanya pada saya!”

Apakah rahsia yang terbongkar itu? Siapa Ridwan dan Camelia dalam hidup Humayra dan Hasif Harraz? Mampukah Humayra menghulurkan kemaafan kepada Hasif Harraz? Apakah Hasif Harraz akan berusaha menambat kembali hati si isteri yang sememangnya telah lama bertakhta di hati? Adakah cerita cinta Humayra dan Hasif Harraz yang baru bermula, akan terkubur begitu saja?


 
email ke raraziera@yahoo.com untuk mendapatkan novel CCK ini.

Catatan Firol :-
Shazie adalah anak murid aku masa mula-mula posting. Kiranya aku rasa bakat dia memang dah ada, cuma lambat terdedah. Dalam kelas dia memang into bab cinta-cinta ni. Kalau dia tak bercinta UPSR mesti score dia mantap, hehehehe jangan marah...Aku perhati nama watak-watak pun ada kait dengan life dia. Pesanan daripada aku, harap kau terus menulis dalam apa jua kau nak tulis. selamat berjaya

May 7, 2012

Ber-aramaiti dengan seni di Kota Kinabalu!


Kepada warga Sabah yang punya akses ke Tanjung Aru hari Ahad ini,  ayuh kita ber-aramaiti dengan seni!

Bolehlah rujuk ke sini, atau ke sini kalau kamu urang nda faham. Ahaks. ;)

SOLTURINDA FLAT Episod 11: Meteor

Blok B tingkat 11 rumah nombor 13A 

"Buang sampah kat dapur Pijol, dah berbau" Pijol diarah oleh maknya, Makcik Midah yang sibuk di tepi mesin jahit. Pijol yang berumur 15 tahun sedang asyik menonton cerita P.Ramlee bertajuk Pendekar Bujang Lapok walaupun dah beratus kali disiarkan di tivi.

Berat Pijol nak bangun, tapi kata ibu jangan dilawan kelak akan binasa. Keluar daripada pintu, dia mula malas untuk bergerak dan dengan ringan tangan terus mencampak sampah daripada depan pintu rumahnya ke bawah. Mazmumah sungguh keperibadiannya

"Nasibla kan siapa yang kena, bukan orang tahu pun" bisik hatinya. Memang tak siapa tahu di waktu malam macam ni. Paling tidak hanya dengar suara makian yang tidak jelas daripada bawah. Pijol terus rebah ke Sofa dan menikmati cerita P.Ramlee.

Selang lima miniat kemudian di muka pintu rumahnya.

"Ni siapa yang takde otak bangang macam lembu bodoh macam beruk" seorang lelaki bersuara keras.Makcik Midah keluar mendapatkan suara yang amat dikenali. 

"Kenapa bang?"

"Ni ha, Entah siapa yang buang sampah daripada atas, habis satu badan bau perut ikan, kalau aku dapat aku pijak-pijak"

Mak Midah berkerut dahi dia menjeling ke arah anaknya yang sedang buat-buat baca buku rujukan Sasbadi Geografi.


May 2, 2012

SOLTURINDA FLAT Episod 10: Katak


Satu pagi yang tenang dan nyaman di hujung minggu. Tiba-tiba....

"Abbbaaannnggggg!!" Terdengar jeritan nyaring Kak Mala dari tingkat 8 Flat Sri Melur. Suaminya Abang Mael yang sedang leka membaca surat khabar terkejut dan bergegas mendapatkan isterinya yang separuh pucat di beranda.

"Hah!! Kenapa nih?" Tergopoh-gapah Abang Mael membetulkan kain pelikatnya yang dah terlondeh dek terkejut mendengar jeritan isterinya tadi.

"Tuuu....tuu....tuu," Kak Mala hanya mampu menunding jari ke arah pasu bunga yang tersusun kemas di beranda rumah mereka. Di wajahnya tergambar pelbagai reaksi sama ada geli, takut, menyampah dan yang sama waktu dengannya.

"Laaaa..katak pun takut?" Ejek Abang Mael.

"Bukan takutlah. Geli je...Eeeiiiiii!! Cepatlah buang katak tu dari pasu tuh. Mati pulak pokok tu karang," Kak Mala menahan geli melihat katak gemuk yang sedang berbahagia berumahtangga di dalam pasu bunganya.

Abang Mael cepat-cepat mengambil penyapu dan menghalau katak tersebut keluar. Lalu dijoloknya katak tersebut ke dalam saluran paip supaya katak itu jatuh terus ke longkang.

"Bang..rumah kita ni tingkat 8. Macam mana katak tu boleh ada dalam pasu saya nih?"

Pasangan tersebut kebingungan.


P/S: Lagi kisah benar. Macam biasa jalan cerita aku reka. Hahahaha...

SOLTURINDA FLAT Episod 9: Selipar


Cik Zakiah berbaju kurung biru laut hari itu. Dipadankan dengan tudung bawal yang sememangnya lagi mudah untuk dipakai berbanding dengan tudung Yuna yang banyak sangat nak kena lilit dan belit. Bersolek pun ala kadar saja sesuai dengan imejnya yang biasa-biasa. Setelah berpuas hati dengan penampilannya, cepat-cepat Cik Zakiah mencapai beg tangan yang terletak di atas meja dan menuju ke pintu utama.

Kreeokkk!! Pintu dibuka.

Cik Zakiah gelak guling-guling di depan pintu rumahnya. 

"Anak sapalah punya keje nih? Pandai betul bergurau. Adoiii!"


Cik Zakiah menyarung sandal yang tersusun rapi di atas rak dan berlalu pergi. Dia membiarkan saja hasil seni tersebut untuk tatapan teman-teman serumahnya pula. 

P/S: Bab selipar tu adalah Kisah Benar tapi jalan cerita aku reka sendiri. Hahaha...

May 1, 2012

SOLTURINDA FLAT Episod 8: Rajin

Amin dan Saidi duduk bermain mainan di atas tangga antara tingkat dua dan tiga yang menhadap jalanraya ibukota yang penuh kesibukannya. Tiba-tiba suasana bising, mereka berpaling dan melihat lautan manusia berjalan bersama-sama.

"Ramainya pakai baju kuning jalan-jalan diorang nak pergi mana ek?" tanya Saidi kepada Amin yang ligat tangannya membina kota perang daripada Lego.

"Ayah kita kata dia pergi cuci dataran" Amin menjawab

"Mana ayah awak tau?"

"Ayah kita pergi jugak"

"Ooo, rajin lah ayah awak, patut rumah awak bersih je"

Mereka berdua sambung bermain perang-perang mainan di tangga antara tingkat dua dan tiga.

Apr 25, 2012

SOLTURINDA FLAT Episod 7: Azmi bin Kulup Unit A-13-05

"Cis, tak guna...!" Jemek menyumpah lagi.

Masuk kali ini, sudah 5 kali surat penerima bernama Azmi Bin Kudip singgah ke peti posnya. "Aku Azmi bin Kulup la...bukan Kudip...ni blok sebelah punya malaun..." keluh Jemek kesal. Dah la nama pun dekat-dekat, kebetulan nombor unit pun sama cuma abjad blok saja yang berbeza. Jemek A-13-05, Azmi bin Kudip unit bernombor B-13-05.

"Siap kau Posmen, lain kali silap lagi, aku debik!" marahnya ditala pada tukang penghantar surat yang tidak berdosa.

Jemek nampak saja macam ganas, namun nilai tambah yang ada padanya adalah, dia seorang yang jujur. Sangat lurus. Setiap kali surat orang lain yang sampai ke peti posnya, sementelahan itu jugalah dia terkedek-kedek berlari ke blok sebelah memasukkan surat tersebut ke peti pos sang empunya. Kali ni kali kelima. Jemek menghitung-hitung dengan jari.

Ada sebab mengapa sejak akhir-akhir ni dia kerap bertamu di depan peti pos, menunggu surat tiba. Sejak tamat kursus kemahiran di kolej komuniti di Sabak Bernam, saban hari dia menunggu surat panggilan temuduga kerja. Sudah sebulan, tiada satu surat pun diterimanya. Jemek gusar.

Namun dia lebih serabut memikirkan mengapa surat Azmi bin Kudip kerap muncul di peti suratnya. Lantas, Jemek mendapat ilham. Cara bagi menyelesaikan kekeliruan yang semakin mengusutkan otaknya yang sudah sekian lama kusut masai.

Dia menekan butang lif. Tidak lama kemudian, lif terbuka. Dia masuk lantas menekan butang 13, tingkat yang menempatkan unit kediaman yang disewanya sejak beberapa bulan yang lalu bersama keluarga. Sesampai di rumah, dia menuju ke meja lantas merentap sehelai kertas dari buku latihan Matematik adik bonsunya lalu menulis besar-besar, "Ini rumah Azmi bin Kulup, bukan KUDIP!". Usai menulis dengan font berskala besar, dia bergegas turun semula ke bawah kolong blok, lantas menampal notis kecil tadi di muka peti suratnya. "Harap-harap posmen nampak notis ni...hehe..." dia tertawa kecil penuh yakin dengan pelaksanaan strateginya. Malam itu Jemek tidur lena, sambil bermimpi surat-surat bersayap terbang sambil melambai pergi lalu hilang di ufuk langit.

Esoknya, menjalankan rutin biasa, dia menjengah lagi peti surat bawah kolong blok itu. Dari lubang bersegi empat lebar itu, matanya dapat melihat banyak surat-surat dengan saiz sampul yang pelbagai. Ada kecil, ada besar.

Dia teruja membuka peti suratnya. Isinya dimuntahkan keluar lantas di belek satu persatu... "Azmi bin Kudip, Azmi bin Kudip, Azmi bin Kudip...ni pun Azmi bin KU...DIP??" Jemek hilang sabar, semua surat-surat tersebut di hamburkan ke lantai. Tiada lagi Jemek yang naif. Yang terkedek-kedek lari mengagihkan surat kepada tuan empunya surat yang sebenar. Dia nekad ke pejabat pos, memburu posmen yang sekian lama membuat nafsu amarahnya bergelodak.

Hari itu, Pejabat Pos Bukit Sentosa bakal diselubungi satu insiden berdarah.
.
.
.
Di unit kediaman bernombor B-13-05, Azmi bin Kudip membelek-belek surat yang dikutipnya dari peti pos sebentar tadi. "Azmi bin Kulup, Azmi bin Kulup, Azmi bin Kulup, Azmi bin KULUP lagi???" Masuk kali ni dah hampir beberapa bulan dia dihantui surat-surat untuk penerima bernama Azmi bin Kulup. Dia membuktikan sememangnya manusia itu dilahirkan dengan personaliti pelbagai dan berbeza-beza. Di satu sudut ruang tamunya, kelihatan satu beg plastik hitam penuh dengan surat-surat untuk penerima bernama Azmi bin Kulup siap untuk dihumbankan ke tempat pembuangan sampah. Separuh daripadanya adalah surat panggilan temuduga, dan satu surat...cinta.